Tuesday 25 December 2012

CONTOH PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN


PERGERAKAN PENGAKAP
SK BUKIT BERUNTUNG 2, RAWANG

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pergerakan Pengakap SK Bukit Beruntung 2, Rawang yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a.    Nama Persatuan:       Pergerakan Pengakap
SK Bukit Beruntung 2, Rawang
b.    Alamat:            SK BB2

.
PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1                   Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam
(Pergerakan Pengakap) dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpengakap dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
                           3. 2                                                          Ahli-ahli Pergerakan Pengakap akan seberapa daya berusaha
untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.
PERATURAN 4 KEAHLIAN
4..  1                                    Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
4.2            Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang
yang disediakan
4..  3                                                  Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.


PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

  5.1                                Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
  5.2                                      Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan
dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
  5.3                                                         Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli
semasa aktiviti dijalankan.
PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
  6.1                                Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
  6.2                                                       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3                 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
  6.4                                                                           Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru
Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
  6.5                                 Ahli Jawatankuasa yang hendak              meletakkan jawatan
hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
  6.6                                 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)


PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1  Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan             semua              mesyuarat         dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.2                                 Naib Pengerusi
7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.3                Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan   menandatangani minit
mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.4       Penolong Setiausaha
7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan            tugas                 Setiausaha           sewaktu
ketiadaan Setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.5                Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan
tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7.6       Penolong Bendahari
7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari           sewaktu
ketiadaan Bendahari.
7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.
  7.7                                 Ahli Jawatankuasa
7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa
7.8       Pemeriksa Kira-Kira
7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
7.8.3


PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1                                     Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma
yang diputuskan           semasa Mesyuarat Agung dan telah
diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang sebulan.
8.2                           Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui
aktiviti.
  8.3                                Ahli-ahli yang bersetuju menyertai            aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4              Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam
Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
  9.1                                            Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti
yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
  9.2                                                  Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: 12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBA GAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah
sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.


(ISMAIL BIN SAL IYAN)
Setiausaha
Pergerakan Pengakap,

(AZAM BIN RAHMAN) 
Pengerusi,
Pergerakan Pengakap.


(MARHAINI BTE YUSOF) 
Guru Pemimpin,
Pergerakan Pengakap

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk