Monday 23 March 2015

MINIT CURAI SK KUALA KUBU BHARU DUA

Berikut adalah pautan bagi muat turun borang Minit Curai SK Kuala Kubu Bharu Dua

Minit Curai Hitam Putih




Minit Curai Berwarna

Sunday 22 February 2015

TAKWIM PEMAKAIAN UNIT UNIFORM DAN CUTI-CUTI PERAYAAN DAN SAMBUTAN PERISTIWA TAHUN 2015

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 /2007 berkenaan Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan. Garis panduan Pelaksanaan dasar ini adalah seperti berikut:

2.1 Pemakaian Pakaian Kokurikulum

2.1.1 Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan;
2.1.2 Murid-murid hendaklah seboleh-bolehnya mernilih untuk memakai pakaian seragam pasukan badan beruniform yang Iengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai baju-T berkolar yang melambangkan pasukannya; atau
2.1.3 Murid-murid juga boleh .memilih memakai pakaian seragam kelab/persatuan, sama ada dalam bentuk jaket, baju Iayang (seni bela diri) atau baju-T berkolar.

2.1.4 Jaket, baju layang atau baju-T berkolar hendaklah dicetak dengan nama pasukan atau kelab/persatuan di bahagian belakang, dan logo (jika ada) di bahagian hadapan (dada kiri).
2.1.5 Pihak sekolah hendaklah melaksana pemakaian pakaian kokurikulum ini secara terancang dan beransur-ansur supaya tidak meriimbulkan bebanan kepada ibu bapa.

2.2 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

2.2.1 Perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan.
2.2.2 Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid. Aktiviti yang Iazimnya diurus dan disampaikan oleh Pengetua/Guru Besar dan guru-guru seperti ucapan, bacaan doa, penyampaian hadiah dan sebagainya, diambil alih oleh murid-murid dengan bimbingan dan panduan guru-guru.

Pautan Rujukan Pekeliling https://drive.google.com/file/d/0B-Mb5aVhgVOMbTh1djY0ZTlZVUU/view?usp=sharing  

Wednesday 11 February 2015

SURAT MAKLUMAN TIDAK HADIR KOKURIKULUM

Berikut adalah pautan bagi muat turun surat makluman tidak hadir kokurikulum bagi warga guru SK KKB Dua. Walaubagaimanapun bagi guru yang mengikuti mesyuarat, bengkel dan kursus khususnya di luar sekolah sila abaikan memo ini.....



Sila muat turun surat pada pautan berikut:

Thursday 5 February 2015

BORANG PENGISIAN RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2015

Berikut adalah borang pengisian Rancangan Aktiviti Tahunan Unit Kokurikulum 2015.
Unit Kokurikulum amat mengharapkan kerjasama anda dalam pengisian RAT bagi cetakan kad kehadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum SK KKB Dua 2015.
Untuk mematikan RAT unit anda dapat diisikan dalam borang, sila pastikan bagi setiap Rancangan Unit anda tidak melebihi 7 patah perkataan dan tidak melebihi 12 RAT.

Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih,

POST MORTEM KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Friday 23 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KKB DUA 2015

...............Jumaat 23 Januari 2015, telah dilaksanakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK KKB Dua. Pada tahun ini penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan murid Tahun 6. Bermula larian pada jam 8.15 pagi yang dilepaskan oleh Guru Besar, Cikgu Rosli Bin Mohamad. 
...............Adat bertanding sudah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Pada tahun ini rumah Satria telah dinobatkan johan keseluruhan kategori perempuan dan rumah Wira dinobatkan  johan keseluruhan kategori lelaki. Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, terutama warga guru SK KKB Dua. 
...............Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, dan kepada yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. In shaa Allah, dalam acara sukan yang akan diadakan pada 26 April 2015 nanti,  masih ada ruang dan peluang kepada semua untuk membuktikan kecemerlangan sebenar masing-masing.


Senarai blog yang dirujuk