Sunday 30 March 2014

Selamat Datang PK Kokurikulum SK BB2 yang baru...

...................Berikut dimaklumkan di SK BB2, telah berlaku perubahan jawatan PK Kokurikulum pada 16 Jun 2014 secara rasminya... Dimaklumkan Ustaz Samsudin yang menjawat jawatan PK Kokurikulum SK BB2 selama setahun kini berubah tempat bertugas sebagai PK Kokokurikulum di SK Kuala Kubu Bharu Dua...
Pesanan buat guru SK BB2 dari Mantan PK Kokurikulum...

" Betulkan niat kita dan sentiasa positifkan diri, inshaAllah kejayaan dan penyelesaian juga akan muncul.

Jika gaji kita RM3000, tetapi kita bekerja ikhlas dan bersungguh-sungguh seperti RM10,000 maka Allah akan gantikan bakinya dengan nikmat dan kesenangan lain. Tetapi jika gaji kita RM10,000, kerjanya macam RM3000, maka Allah akan tarik balik bakinya dengan segala kesusahan dan masalah.

Seperti mana kata orang, untung menjadi guru ini laluan luas terbentang menuju ke syurga dengan ilmu yang bermanfaat. Jangan pula hanya kerana negatifnya kita, gelojohnya kita, tak ikhlasnya kita, maka kerjaya ini pula menjadi laluan mudah untuk ke neraka! "


Benarlah pepatah mengatakan Patahkan tumbuh hilangkan berganti.... 

...................Cikgu Haslina Binti Abdullah selaku PK Kokurikulum SK BB2 yang baru sentiasa mahu berkongsi maklumat dan pengalamannya kepada warga Sekolah khasnya dalam bidang Kokurikulum....yang pasti Misi Dan Visi Sekolah tetap di sisi untuk dihayati.....

...................

Senarai blog yang dirujuk