Friday 17 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013



Cantik bahasa si gadis desa,
Jinak merpati perilakunya;
Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati taati muliakan dirinya.

Monday 6 May 2013

KEJOHANAN KAWAD KAKI SK BUKIT BERUNTUNG 2

.................JUMAAT, 3 MEI 2013 Kejohanan Kawad Kaki SK Bukit Beruntung 2; terserlah kekuatan semangat guru dalam melatih dan membimbing Pasukan Pakaian Uniform Sekolah diuji dalam kejohanan tersebut.

.................Secara keseluruhannya pihak pentadbir sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa memberi komitmen menterjemahkan Kejohanan Kawad Kaki tersebut kepada persembahan kawad kaki yang bermutu setanding Kejohanan Kawad Kaki peringkat Daerah. 

.................Guru Besar SK Bukit Beruntung 2, puan Hajah Azizah Binti Hassan berbesar hati memberikan ucapan perasmian penutupan dalam kejohanan tersebut, beliau  sempat mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan memberikan kata semangat kepada pasukan yang tidak berjaya.

.................Keputusan Kejohanan Kawad Kaki SK Bukit Beruntung 2, secara rasminya telah menobatkan pasukan uniform Tunas  Kadet Remaja sebagai Johan Pasukan, diikuti oleh pasukan uniform Pertubuhan Pergerakan Pengakap mendapat tempat Naib Johan dan tempat ketiga di rangkul oleh pasukan uniform Pergerakan Pandu Puteri Islam Malaysia. Manakala bagi pasukan uniform Pandu Puteri Tunas dan pasukan uniform Persatuan Bulan Sabit Merah, masing-masing telah mendapat tempat saguhati dalam kejohanan kawad kaki tersebut.


PRU-13: PM Lancar Manifesto Barisan Nasional

Posted by Muka Petang 1:59 PG, under ,,,, | No comments

PRU-13: PM Lancar Manifesto Barisan Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengangkat tangan sewaktu melancarkan Manifesto BN di Stadoum Putra Bukit Jalil. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
KUALA LUMPUR: Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.
Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

RUJUKAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 13

Boleh dapatkan keputusan PRU 13  terperinci dengan klik pautan gambar dibawah.


Sunday 5 May 2013

MAKLUMAN CUTI ATAU HARI PELEPASAN 6 MEI 2013


Tarikh kemaskini 5-4-2013

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Pendidik Negeri Selangor. Adalah dimaklumkan bahawa
Isnin, 6 Mei 2013 merupakan Hari Pelepasan Am sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Semua Sekolah dan PPD di Negeri Selangor bercuti pada tarikh tersebut.

Anda boleh rujuk pautan gambar dibawah atau terus kelaman sesawang JPN Selangor pada alamat sesawang berikut:  http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/



Senarai blog yang dirujuk