SENARAI TUGAS GURU PERMAINAN


     Guru Permainan
  1. Membentuk jawatankuasa.
  2. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permaianan.
  3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
  4. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan perlu dipatuhi.
  5. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
  6. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/ kelas/ sekolah.
  7. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
  8. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk pertandingan pertandingan luar sekolah.
  9. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai
  10. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan
  11. Menyemai semangat kesukanan di kalangan murid.
  12. Menentukan peralatan dan kemudahan pemainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
  13. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
  14. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
  15. Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (johan daerah/ negeri/ wakil daerah/ negeri/ negara).
  16. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh jabatan belia, kebudayaan dan sukan. Majlis sukan negeri dan persatuan permainan/ sukan.
  17. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk