Wednesday 25 December 2013

Friday 20 December 2013

BORANG PEMILIHAN KELAB PERSATUAN DAN SUKAN PERMAINAN SKBB2 2013

Guru-Guru SKBB2 yang budiman,

Berikut adalah pautan pengisian borang pemilihan kelab persatuan dan sukan permainan secara on line. Perlantikan penyelaras kelab persatuan dan sukan permainan akan merujuk borang ini.
Walaubagaimanapun keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada pentadbir SKBB2.

Sila klik icon form dan isi dengan kadar segera....


Borang pemilihan kelab persatuan


Borang pemilihan sukan permainan

Thursday 14 November 2013

ASAS PERMAINAN SUKAN PING PONG

Sejarah dan Perkembangan Ping Pong
Pada mulanya permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan Table Tennis.

CONTOH LATIHAN PING PONG WATAK SUKAN SKBB2



Wednesday 13 November 2013

PROGRAM DIMANAKAH KEMBAR SHAKIRIN

Program di manakah Kembar Shakirin merujuk kepada program Kebitaraan Ping Pong SK Bukit Beruntung 2.

Objektif utama program ini adalah seperti berikut:


  1. Mengenalpasti bakat-bakat pelajar untuk dibawa sebagai wakil sekolah ke persada sukan sukan ping pong seterusnya menjadi watak sekolah.
  2. Melahirkan “The Thinking Athlete(s)” dengan mensasarkan sekurang-kurangnya  3 orang  atlit Ping Pong negara terdiri daripada atlit SK Bukit Beruntung 2 – (dalam tempoh 5 tahun).
  3. Memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri sukan, rekreasi dan kesihatan dengan menyediakan program latihan profesional.
  4. Menyediakan infrastruktur dan prasarana  sukan Ping Pong yang lengkap dan berteknologi tinggi.

Tuesday 5 November 2013

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2013 BAGI MURID TAHUN 6



Berikut adalah pautan capaian borang maklumat kokurikulum untuk perhatian dan tindakan pihak            Guru Kelas Tahun 6.
Maklumat tersebut diperlukan bagi maklumat sijil Penilaian Kokurikulum Tahun 2013
Segala Kerjasama diucapkan Jutaan Terima Kasih.

SILA KLIK LOGO FORM DIBAWAH.



Sunday 3 November 2013

Cara kiraan mata Ping Pong

Permainan ping pong dalam 1 set tamat dalam kiraan 11 untuk permainan single dan double. Bagi pemain single pemain yang serve bola perlu memasti bola melantun dimeja pemain serve dan meja pemain lawan. Bagi pemain double pemain perlu memasti bola dari peta kanan masuk ke peta kanan lawan.

Sekiranya pemain lawan memukul bola keluar maka pemain serve mendapat 1 point. 1-0. Seterusnya pemain serve dapat serve kali kedua. Point akan diberi kepada pemain yang tidak mematikan bola. Bila score 2-0 atau 1-1 maka serve akan bertukar tangan. Seterusnya permainan tamat bila pemain mendapat 11 mata. 

Sekiranya pemain tie 10-10 maka permainan akan berakhir bila ada pemain mendapat 2-0 tambahan. Servis bertukar setiap mata.

Boleh juga permainan ping pong kiraannya tamat pada 21. Tapi pertukaran serve berlaku setelah 5 kali serve. Ini adalah kiraan cara lama.

Saturday 2 November 2013

KPI PENGARAH NEGERI SELANGOR UNTUK VLE FROG

Strategi dan tindakan warga sekolah yang perlu dilakukan;

1. Sasaran capaian KPI Pengarah Pelajaran Negeri Selangor perlaksanaan VLE Frog:
    1. 100% Guru log in dan guna dalam PdP
    2. Penggunaan oleh Murid-murid sebanyak 50 %  
    3. Penggunaan oleh Ibu bapa sebanyak 30% 


Wednesday 23 October 2013

Wednesday 16 October 2013

PENGUMPULAN DATA KOKURIKULUM 2013


Merujuk kepada surat PPDHS.KOR 800-2/9/1( ) bertarikh 30 September, dimaklumkan dan diminta kerjasama kepada semua guru kelas tahun 3,4, 5 dan 6 untuk mengisi kehadiran Kokurikulum pada pautan berikut:

Sila klik Tahun Kelas anda:





Sehubungan dengan 



Wednesday 9 October 2013

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)


Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025.
PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12
21 Mac 2011
MUAT TURUN BAHAN DISINI

Wednesday 18 September 2013

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia 2014 | Berikut di bawah adalah takwim cuti umum dan cuti sekolah Malaysia dan Negeri 2014 (Malaysia School Holiday & Malaysia Public Holidays 2014 Calendar). Untuk Makluman, tarikh yang dimaksudkan mungkin akan berubah dari masa ke semasa dan penulis akan cuba kemaskini semula di sini.

Sunday 15 September 2013

LAPORAN POST MORTEM KEJOHANAN SUKANEKA DAN SUKAN SKBB2 2013

BERIKUT ADALAH CONTOH LAPORAN POST MORTEM KEJOHANAN SUKAN:

KEKUATAN:
1. Perancangan awal yang sistematik dan teratur.
2. Kerjasama semua guru, kakitangan dan PIBG amat baik.
3. Kerjasama antara guru rumah sukan juga amat ketara baiknya.
4. Kesepakatan Jawatankuasa Pengelola dengan semua pihak juga amat baik.
5. Jawatankuasa tahu dan memahami peranan masing-masing.
6. Dedikasi keinginan program berjalan dengan lancar dan berjaya.
7. PA sistem dan statistik berjalan dengan lancar dan baik.
8. Susunan aturcara yang teratur dan menepati masa.
9. Sistem SMS digunakan untuk penyebaran maklumat secara cepat, tepat dan terkini.
10. Pengalaman mengajar kita erti kesepakatan, kesepaduan serta fokus ke arah kecemerlangan.

KELEMAHAN:
1. Kekeliruan digarisan penamat.
2. Kekurangan tong sampah di kawasan padang.
3. Masih terdapat murid-murid yang berkeliaran keluar dari kawasan khemah rumah sukan masing-masing.
4. Acara sukaneka yang agak lama.
5. Bilangan ahli rumah sukan yang terhad menyebabkan setiap murid mengambil banyak acara.
6. Mesyuarat bersama PIBG agak lewat menyebabkan jumlah sumbangan agak kurang tahun ini.
7. Jemputan VIP tidak diuruskan dengan baik.

CADANGAN / PANDANGAN:
1. Mesyuarat PIBG mengenai sukan lebih awal supaya AJK PIBG ada ruang mencari sumbangan sukan.
2. Acara-acara yang telah dijalankan sebelum hari sukan boleh ditayangkan melalui skrin atau TV besar untuk penonton atau ibubapa.
3. Makan tengahari untuk semua Jawatankuasa Pengelola Hari Sukan.
4. Acara 200 meter diganti dengan 100 meter di hari sukan. Mengelakkan kekeliruan digarisan penamat.
5. Wujudkan jawatankuasa sponsor/sumbangan sukan.
6. Khemah air (Sumbangan) diletakkan hampir dengan khemah rumah sukan. Mengelakkan murid berkeliaran.
7. Hadiah untuk sukaneka dalam bentuk barangan.
8. Peserta akhir di hari sukan akan dibekalkan nombor peserta dibahagian hadapan sahaja.

KEPADA GURU SKBB 2 YANG BUDIMAN. SILA ISI LAPORAN POST MORTEM SUKANEKA DAN POS MORTEM KEJOHANAN OLAHRAGA PADA PAUTAN DI BAWAH SEBELUM ATAU PADA 18HB SEPTEMBER 2013:

Pesanan penting; lepas isi jangan lupa tekan butang SUBMIT.

Thursday 4 July 2013

KOMPANG FORMASI SK BB2 MALAYSIA HARI INI 2013

........Baru-baru ini, Rabu 3 Julai 2013 bersamaan 24 Syaaban 1434H, 3 orang murid mewakili kelas perdana dan PPKI telah dijemput mengadakan persembahan dalam rancangan Malaysia Hari Ini, TV3. 



Pihak warga Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 diwaktu itu sedang menjalani program Pelancaran Bulan Kecergasan peringkat sekolah turut sama menyaksikan persembahan itu secara langsung di Dewan terbuka Ibu Sina. Pihak pentadbir sekolah merasa amat bersyukur dengan pencapaian tersebut ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga SKBB2, walaupun cuaca pada hari itu, turunnya hujan, aktiviti tetap dapat dijalankan dengan penuh rasa tanggung jawab dan dedikasi. Terima kasih kepada semua. 






Sunday 30 June 2013

Pertandingan Bicara Berirama peringkat daerah SKBB2 rangkul Naib Johan

...............Pertandingan Bicara Berirama di SK Kuala Kubu Bharu 1, 28 Jun 2013 Jumaat. Seramat 31 orang murid dalam pasukan Bicara Berirama telah dinobatkan Naib Johan peringkat Daerah Hulu Selangor. Sehari sebelum itu Karnival Bahasa telah pun berlangsung di sekolah yang sama menyaksikan wakil SKBB2 dalam acara bercerita hanya berjaya memasuki peringkat akhir, walau bagaimanapun dalam acara Pidato Bahasa Melayu, peserta SKBB2 mendapat tempat keempat dari 30 buah sekolah peringkat Daerah Hulu Selangor.
...............Teruskan kecemerlangan dan jangan mudah putus asa. Apa yang paling penting bakat murid dapat dicungkil dan mereka boleh melibatkan menimba pengalaman yang amat tinggi nilainya untuk ke arah lebih cemerlang lagi.











Friday 28 June 2013

DASAR PERLAKSAAN KOKURIKULUM

HOTs (Higher Order Thinking Skills)



HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.


APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.

Monday 24 June 2013

MAKLUMAN TERKINI KEJOHANAN SUKAN DAN SUKANEKA SK BB2 2013

Kejohanan Sukan dan Sukaneka diatas terpaksa ditunda kepada 5hb dan 7hb Julai kerana berlakunya cuaca jerebu yang mencecah Indek Pencemaran Udara IPU pada bacaan melebihi 150. 
Apapun tarikh tersebut akan berubah sekiranya Jerebu bertambah buruk.

Sila rujuk Pekeliling Jerebu di bawah




Sunday 16 June 2013

Guru-Guru Tiada Di Sekolah Pada Masa Persekolahan

Monday, November 3, 2008


Apa yang ingin dikongsi pada kali ini ialah mengenai ketiadaan guru di dalam bilik darjah semasa hari persekolahan. Mungkin ini mengejutkan sesetengah pihak, terutamanya ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka belajar apabila pergi ke sekolah. Data diambil daripada beberapa buah sekolah dalam satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut dipaparkan sedikit maklumat mengenai ketiadaan guru dalam bilik darjah atau di sekolah semasa hari persekolahan berjalan: Negeri Selangor Tahun 2004 - Aktiviti rasmi (651), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (301), lain-lain sebab (9). Tahun 2005 – Aktiviti rasmi (1285), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (606), lain-lain sebab (102). Tahun 2006 – Aktiviti rasmi (3623), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (2183), lain-lain sebab (727), tanpa sebab (8). Negeri Kedah Tahun 2004 - Aktiviti rasmi (3071), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (1173), lain-lain sebab (47). Tahun 2005 – Aktiviti rasmi (4013), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (1429), lain-lain sebab (37). Tahun 2006 – Aktiviti rasmi (5088), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (1706), lain-lain sebab (356). 

Friday 14 June 2013

LADAP SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUNTUNG 2

................15 Jun 2013, Sabtu, warga SK BB2 mengikuti Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP peringkat sekolah bertempat di makmal komputer sekolah. Antara pengisian yang dilaksanakan ialah Kursus pendedahan penggunaan Makmal Komputer oleh Pn. Nurul Ezzah Binti Ishak. Manakala En. Samsudin Bin Ahmad mengisi slot ceramah tentang membuat sistem "mail merge" dan asas pembinaan laman blog.


................Dalam pertemuan itu juga, Pn. Nor Zamzilani Binti Bidin telah menyampaikan cara pengisian eSPLG secara online, En. Osman sempat membuat pembentangan Kejohanan Sukaneka dan Sukan dan Pn. Norhasimah PK Pentadbiran juga sempat mengongsikan dapatan tentang SKPM, SAPS, Pemantauan PdP, penggunaan ICT, perlaksanaan PBS,guru inovatif, pemeriksaan buku rampaian dan SPSK.

................Segala pengisian yang dilakukan diharap dapat memberikan input yang berguna kepada warga SKBB2 dalam meneruskan kerjaya dalam memperjuangkan aspirasi sekolah seterusnya aspirasi negara. 




MEMBINA AKAUN GMAIL DAN LAMAN BLOG

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN "Mail Merge'

Friday 17 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013



Cantik bahasa si gadis desa,
Jinak merpati perilakunya;
Guru berjasa mendidik bangsa,
Hormati taati muliakan dirinya.

Monday 6 May 2013

KEJOHANAN KAWAD KAKI SK BUKIT BERUNTUNG 2

.................JUMAAT, 3 MEI 2013 Kejohanan Kawad Kaki SK Bukit Beruntung 2; terserlah kekuatan semangat guru dalam melatih dan membimbing Pasukan Pakaian Uniform Sekolah diuji dalam kejohanan tersebut.

.................Secara keseluruhannya pihak pentadbir sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa memberi komitmen menterjemahkan Kejohanan Kawad Kaki tersebut kepada persembahan kawad kaki yang bermutu setanding Kejohanan Kawad Kaki peringkat Daerah. 

.................Guru Besar SK Bukit Beruntung 2, puan Hajah Azizah Binti Hassan berbesar hati memberikan ucapan perasmian penutupan dalam kejohanan tersebut, beliau  sempat mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan memberikan kata semangat kepada pasukan yang tidak berjaya.

.................Keputusan Kejohanan Kawad Kaki SK Bukit Beruntung 2, secara rasminya telah menobatkan pasukan uniform Tunas  Kadet Remaja sebagai Johan Pasukan, diikuti oleh pasukan uniform Pertubuhan Pergerakan Pengakap mendapat tempat Naib Johan dan tempat ketiga di rangkul oleh pasukan uniform Pergerakan Pandu Puteri Islam Malaysia. Manakala bagi pasukan uniform Pandu Puteri Tunas dan pasukan uniform Persatuan Bulan Sabit Merah, masing-masing telah mendapat tempat saguhati dalam kejohanan kawad kaki tersebut.


PRU-13: PM Lancar Manifesto Barisan Nasional

Posted by Muka Petang 1:59 PG, under ,,,, | No comments

PRU-13: PM Lancar Manifesto Barisan Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mengangkat tangan sewaktu melancarkan Manifesto BN di Stadoum Putra Bukit Jalil. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
KUALA LUMPUR: Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.
Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

RUJUKAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 13

Boleh dapatkan keputusan PRU 13  terperinci dengan klik pautan gambar dibawah.


Sunday 5 May 2013

MAKLUMAN CUTI ATAU HARI PELEPASAN 6 MEI 2013


Tarikh kemaskini 5-4-2013

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Semua Warga Pendidik Negeri Selangor. Adalah dimaklumkan bahawa
Isnin, 6 Mei 2013 merupakan Hari Pelepasan Am sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Semua Sekolah dan PPD di Negeri Selangor bercuti pada tarikh tersebut.

Anda boleh rujuk pautan gambar dibawah atau terus kelaman sesawang JPN Selangor pada alamat sesawang berikut:  http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/



Tuesday 30 April 2013

SELAMAT HARI BEKERJA 2013


1 Mei adalah Hari Pekerja sedunia..hari dikhaskan untuk menghargai jasa dan memberi pengiktirafan kepada mereka mereka yang bergelar pekerja diatas segala usaha, penat lelah dan pengorbanan mereka mamajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara..

Tema Hari Pekerja Tahun 2013 ialah "Pekerja Pemangkin Transformasi Negara". Sempena Hari Pekerja 2013 ni, Unit Kokurikulum SKBB2 ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja khusus kepada warga SKBB2 dan kepada semua mereka yang bergelar pekerja.. marilah kita terus bersemangat untuk terus bekerja mencari duit yang halal..semoga kita semua mendapat berkat, pintu rezeki dibukakan seluas luasnya oleh Allah swt. dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..amin.


Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Thursday 18 April 2013

Saturday 13 April 2013

PENYELARASAN TARIKH PERHIMPUNAN RASMI KOKURIKULUM 2013 TERKINI


PENYELARASAN TARIKH PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SETIAP HARI ISNIN UNTUK MINGGU KETIGA SETIAP BULAN YANG DIKENDALIKAN OLEH UNIT BERUNIFORM BAGI TAHUN 2013
BIL
BULAN
TARIKH
1
JANUARI
14.1.2013
2
FEBRUARI
18.2.2013
3
MAC
11.3.2013
4
APRIL
15.4.2013
5
MEI
13.5.2013
6
JUN
10.6.2013
7
JULAI
15.7.2013
8
OGOS
12.8.2013
9
SEPTEMBER
16.9.2013
10
OKTOBER
14.10.2013
11
NOVEMBER
11.11.2013



Perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Dilampirkan tarikh untuk perhimpunan mingguan yang dikendalikan oleh Unit Beruniform Sekolah setiap hari Isnin minggu ketiga.

3.    Penggiliran setiap Unit Beruniform untuk mengendalikan perhimpunan mingguan ini adalah digalakkan dan tidak hanya kepada satu Unit Beruniform sahaja. Pihak sekolah perlu memberi penekanan kepada murid terhadap pemakaian baju uniform pada setiap perhimpunan minggu ketiga.

Sekian, terima kasih.


Senarai blog yang dirujuk