Thursday 14 November 2013

ASAS PERMAINAN SUKAN PING PONG

Sejarah dan Perkembangan Ping Pong
Pada mulanya permainan ping pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima, Whiff Wall, Flim Flam dan Table Tennis.

CONTOH LATIHAN PING PONG WATAK SUKAN SKBB2



Wednesday 13 November 2013

PROGRAM DIMANAKAH KEMBAR SHAKIRIN

Program di manakah Kembar Shakirin merujuk kepada program Kebitaraan Ping Pong SK Bukit Beruntung 2.

Objektif utama program ini adalah seperti berikut:


  1. Mengenalpasti bakat-bakat pelajar untuk dibawa sebagai wakil sekolah ke persada sukan sukan ping pong seterusnya menjadi watak sekolah.
  2. Melahirkan “The Thinking Athlete(s)” dengan mensasarkan sekurang-kurangnya  3 orang  atlit Ping Pong negara terdiri daripada atlit SK Bukit Beruntung 2 – (dalam tempoh 5 tahun).
  3. Memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri sukan, rekreasi dan kesihatan dengan menyediakan program latihan profesional.
  4. Menyediakan infrastruktur dan prasarana  sukan Ping Pong yang lengkap dan berteknologi tinggi.

Tuesday 5 November 2013

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2013 BAGI MURID TAHUN 6



Berikut adalah pautan capaian borang maklumat kokurikulum untuk perhatian dan tindakan pihak            Guru Kelas Tahun 6.
Maklumat tersebut diperlukan bagi maklumat sijil Penilaian Kokurikulum Tahun 2013
Segala Kerjasama diucapkan Jutaan Terima Kasih.

SILA KLIK LOGO FORM DIBAWAH.



Sunday 3 November 2013

Cara kiraan mata Ping Pong

Permainan ping pong dalam 1 set tamat dalam kiraan 11 untuk permainan single dan double. Bagi pemain single pemain yang serve bola perlu memasti bola melantun dimeja pemain serve dan meja pemain lawan. Bagi pemain double pemain perlu memasti bola dari peta kanan masuk ke peta kanan lawan.

Sekiranya pemain lawan memukul bola keluar maka pemain serve mendapat 1 point. 1-0. Seterusnya pemain serve dapat serve kali kedua. Point akan diberi kepada pemain yang tidak mematikan bola. Bila score 2-0 atau 1-1 maka serve akan bertukar tangan. Seterusnya permainan tamat bila pemain mendapat 11 mata. 

Sekiranya pemain tie 10-10 maka permainan akan berakhir bila ada pemain mendapat 2-0 tambahan. Servis bertukar setiap mata.

Boleh juga permainan ping pong kiraannya tamat pada 21. Tapi pertukaran serve berlaku setelah 5 kali serve. Ini adalah kiraan cara lama.

Saturday 2 November 2013

KPI PENGARAH NEGERI SELANGOR UNTUK VLE FROG

Strategi dan tindakan warga sekolah yang perlu dilakukan;

1. Sasaran capaian KPI Pengarah Pelajaran Negeri Selangor perlaksanaan VLE Frog:
    1. 100% Guru log in dan guna dalam PdP
    2. Penggunaan oleh Murid-murid sebanyak 50 %  
    3. Penggunaan oleh Ibu bapa sebanyak 30% 


Senarai blog yang dirujuk