Friday 21 December 2012

PERASMIAN BLOG UNIT KOKURIKULUM SK BUKIT BERUNTUNG 2

.........Tanggal 21 Disember 2012, Guru Besar SK Bukit Beruntung 2 berkesempatan membuat perasmian bagi pelancaran laman blog rasmi Unit Kokurikulum SK Bukit Beruntung 2. Perasmian itu dilakukan ketika program Kursus LADAP dilaksanakan. Pada hari tersebut Kursus yang dilaksanakan memberi fokus kepada tajuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM. 

.........En. Samsudin mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar kerana sudi merasmikan dan melancarkan blog berkenaan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menunjukkan sikap ingin bekerjasama dan komited kepada pengurusan Kokukurikulum selama ini. Diharapkan juga 2013 menjadi medan yang penting bagi meneruskan komitmen yang tinggi dalam profesional perguruan, khususnya dalam pengurusan kokurikulum.

Terima kasih, terima kasih dan jutaan terima kasih buat semua.....



No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk