Sunday 30 June 2013

Pertandingan Bicara Berirama peringkat daerah SKBB2 rangkul Naib Johan

...............Pertandingan Bicara Berirama di SK Kuala Kubu Bharu 1, 28 Jun 2013 Jumaat. Seramat 31 orang murid dalam pasukan Bicara Berirama telah dinobatkan Naib Johan peringkat Daerah Hulu Selangor. Sehari sebelum itu Karnival Bahasa telah pun berlangsung di sekolah yang sama menyaksikan wakil SKBB2 dalam acara bercerita hanya berjaya memasuki peringkat akhir, walau bagaimanapun dalam acara Pidato Bahasa Melayu, peserta SKBB2 mendapat tempat keempat dari 30 buah sekolah peringkat Daerah Hulu Selangor.
...............Teruskan kecemerlangan dan jangan mudah putus asa. Apa yang paling penting bakat murid dapat dicungkil dan mereka boleh melibatkan menimba pengalaman yang amat tinggi nilainya untuk ke arah lebih cemerlang lagi.











Friday 28 June 2013

DASAR PERLAKSAAN KOKURIKULUM

HOTs (Higher Order Thinking Skills)



HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.


APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.

Monday 24 June 2013

MAKLUMAN TERKINI KEJOHANAN SUKAN DAN SUKANEKA SK BB2 2013

Kejohanan Sukan dan Sukaneka diatas terpaksa ditunda kepada 5hb dan 7hb Julai kerana berlakunya cuaca jerebu yang mencecah Indek Pencemaran Udara IPU pada bacaan melebihi 150. 
Apapun tarikh tersebut akan berubah sekiranya Jerebu bertambah buruk.

Sila rujuk Pekeliling Jerebu di bawah




Sunday 16 June 2013

Guru-Guru Tiada Di Sekolah Pada Masa Persekolahan

Monday, November 3, 2008


Apa yang ingin dikongsi pada kali ini ialah mengenai ketiadaan guru di dalam bilik darjah semasa hari persekolahan. Mungkin ini mengejutkan sesetengah pihak, terutamanya ibu bapa yang mengharapkan anak-anak mereka belajar apabila pergi ke sekolah. Data diambil daripada beberapa buah sekolah dalam satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut dipaparkan sedikit maklumat mengenai ketiadaan guru dalam bilik darjah atau di sekolah semasa hari persekolahan berjalan: Negeri Selangor Tahun 2004 - Aktiviti rasmi (651), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (301), lain-lain sebab (9). Tahun 2005 – Aktiviti rasmi (1285), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (606), lain-lain sebab (102). Tahun 2006 – Aktiviti rasmi (3623), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (2183), lain-lain sebab (727), tanpa sebab (8). Negeri Kedah Tahun 2004 - Aktiviti rasmi (3071), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (1173), lain-lain sebab (47). Tahun 2005 – Aktiviti rasmi (4013), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (1429), lain-lain sebab (37). Tahun 2006 – Aktiviti rasmi (5088), cuti rehat/cuti saki/cuti bersalin (1706), lain-lain sebab (356). 

Friday 14 June 2013

LADAP SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUNTUNG 2

................15 Jun 2013, Sabtu, warga SK BB2 mengikuti Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP peringkat sekolah bertempat di makmal komputer sekolah. Antara pengisian yang dilaksanakan ialah Kursus pendedahan penggunaan Makmal Komputer oleh Pn. Nurul Ezzah Binti Ishak. Manakala En. Samsudin Bin Ahmad mengisi slot ceramah tentang membuat sistem "mail merge" dan asas pembinaan laman blog.


................Dalam pertemuan itu juga, Pn. Nor Zamzilani Binti Bidin telah menyampaikan cara pengisian eSPLG secara online, En. Osman sempat membuat pembentangan Kejohanan Sukaneka dan Sukan dan Pn. Norhasimah PK Pentadbiran juga sempat mengongsikan dapatan tentang SKPM, SAPS, Pemantauan PdP, penggunaan ICT, perlaksanaan PBS,guru inovatif, pemeriksaan buku rampaian dan SPSK.

................Segala pengisian yang dilakukan diharap dapat memberikan input yang berguna kepada warga SKBB2 dalam meneruskan kerjaya dalam memperjuangkan aspirasi sekolah seterusnya aspirasi negara. 




MEMBINA AKAUN GMAIL DAN LAMAN BLOG

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN "Mail Merge'

Senarai blog yang dirujuk