SENARAI TUGAS SETIAUSAHA & JAWATANKUASA KOKURIKULUM


Setiausaha Kokurikulum
  1. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
  2. Membantu Penolong Kanan Kokurikulum  dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, perlaksanaan dan penilaian pelajar.
  3. Mengurus pemilihan peserta untuk kepertandingan aktiviti persatuan/ kelab/ unit beruniform dan sukan/ permainan.
  4. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
  5. Memastikan rekod dan data-data diselenggara dengan baik.
  6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini.
  7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.
  8. Membuat pendaftaran kokurikulum pelajar.
  9. Mengedarkan senarai ahli persatuan/ kelab/ sukan permainan/ unit berunifom kepada guru penasihat/ pemimpin.
  10. Membantu guru penasihat/ pemimpin menggunakan perisian komputer untuk mengemaskini fail kokurikulum.
  11. Menyelaras tahap kemampuan pelajar dalam aktiviti kokurikulum secara berkomputer.
     Jawatankuasa Kokurikulum
  1. Menyelaras aktiviti kokurikulum iaitu kegiatan sukan dan persatuan/ kelab/ unit berunifom melalui kokurikulum yang diintegrasikan.
  2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
  3. Merancang strategi untuk mempelbagaikan aktiviti kokurikulum.
  4. Menyediakan garis panduan dan sukatan bagi setiap unit beruniform.
  5. Menyediakan alat bantu mengajar seperti kain anduh, tali dan lain-lain untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

1 comment:

  1. Kebanyakan senarai tugas SU kokurikulum adalah rekaan gpk kokurikulum untuk membolehkan mereka goyang kaki dgn jadual 12 waktu seminggu berbanding SU yg kadang2 sampai 30 waktu seminggu... Jgn jadi kuda tunggangan gpk kokurikulum

    ReplyDelete

Senarai blog yang dirujuk