Wednesday 13 November 2013

PROGRAM DIMANAKAH KEMBAR SHAKIRIN

Program di manakah Kembar Shakirin merujuk kepada program Kebitaraan Ping Pong SK Bukit Beruntung 2.

Objektif utama program ini adalah seperti berikut:


  1. Mengenalpasti bakat-bakat pelajar untuk dibawa sebagai wakil sekolah ke persada sukan sukan ping pong seterusnya menjadi watak sekolah.
  2. Melahirkan “The Thinking Athlete(s)” dengan mensasarkan sekurang-kurangnya  3 orang  atlit Ping Pong negara terdiri daripada atlit SK Bukit Beruntung 2 – (dalam tempoh 5 tahun).
  3. Memenuhi keperluan tenaga mahir dalam industri sukan, rekreasi dan kesihatan dengan menyediakan program latihan profesional.
  4. Menyediakan infrastruktur dan prasarana  sukan Ping Pong yang lengkap dan berteknologi tinggi.






PERANCANGAN STRATEGIK
PROGRAM PEMBANGUNAN PING PONG
UNIT SUKAN SEKOLAH BUKIT BERUNTUNG 2


SASARAN
1.               Perancangan Jangka Pendek
2.               Perancangan Jangka Panjang



STRATEGI UTAMA

1.               Membina identiti atau watak dan budaya sukan di sekolah
2.               Memartabatkan Sukan Ping Pong Sekolah
3.               Memantapkan proses pengintegrasian sukan Ping Pong di sekolah
4.               Kecemerlangan pencapaian

Fokus

Cadangan untuk perlaksanaan di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2



PERANCANGAN STRATEGIK
PROGRAM KEBITARAAN PING PONG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUNTUNG 2 2013


BIL
STRATEGI
PELAN TINDAKAN
TINDAKAN SUSULAN
1
Membina identiti atau watak dan budaya sukan di sekolah
1.       Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Sukan Ping Pong di sekolah.
1.1   Libatkan personal yang berkepentingan di peringkat sekolah, masyarakat setempat dan NGO.

2.       Penyediaan dan penyelarasan takwim sukan, pengurusan Bilik Operasi Sukan, pengurusan peralatan dan padang yang terancang.

3.       Menyediakan Manual Prosedur Kerja (MPK) yang seragam bagi memudahkan urusan pengendalian dan pengurusan sukan yang berkualiti dan setanding dengan urusan kurikulum.
3.1   Pengelolaan pertandingan.
3.2   Pemilihan.
3.3   Latihan pusat.
3.4   Pengurusan pasukan.
3.5   Kem bakat/ kursus.
3.6   Bajet kewangan.
3.7   Pelaporan dan pengumpulan maklumat.
3.8   Penilaian.

4.       Penggubalan Manual Latihan Sukan Ping Pong peringkat sekolah.

1.       Memastikan sekolah mempunyai struktur organisasinya dan bidang tugas yang jelas.
  
2.       Taklimat/ mesyuarat.

3.       Mengumpul maklumat dan pemantauan serta penyeliaan sekolah.

 4.       Bengkel di peringkat sekolah.

5.     Penguatkuasaan pekeliling/ arahan tugas.

 6.       Bengkel dalaman di peringkat sekolah.
  
BIL
STRATEGI
PELAN TINDAKAN
TINDAKAN SUSULAN
2
Memartabatkan sukan Ping Pong sekolah
1.       Memberi pengiktirafan dan menghargai jasa-jasa pemain Ping Pong sekolah atau jurulatih yang berjaya dengan mengadakan sudut khas Ping Pong atau galeri dengan mencatatkan nama pemenang dan piala-piala kemenangan dalam Kejohanan Ping Pong di tempat-tempat tertentu.

2.       Membina program khas yang seragam dan standard bersesuaian dengan kemudahan ICT yang ada bagi penyebaran dan keseragaman maklumat khasnya dalam perkara berikut:-
2.2   Profil jurulatih/ pemain
2.3   Pencapaian/ kejayaan/ rekod-rekod
2.4   Maklumat Pendidikan Kejurulatihan
2.5   Maklumat peralatan dan spesifikasi terkini
2.6   Pengurusan Kejohanan Ping Pong khasnya pertandingan
2.7   Borang-borang pertandingan
2.8   Lain-lain perkara yang berkaitan dengan Ping Pong.

3.       Meningkatkan pendidikan kejurulatihan kepada guru.

4.       Memberikan pengiktirafan dan jaminan kepada guru yang terlibat dengan sukan  Ping Pong dari segi tugasan agar lebih fleksibel.

5.       Jaminan kepada pelajar berbakat disalurkan ke Pusat Kecemerlangan Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia.

1.       Mengadakan pertandingan sudut informasi atau galeri Ping Pong di peringkat sekolah, zon dan daerah.





2.       Bengkel peringkat daerah dan negeri.


















3.       Mengadakan kursus secara berperingkat.

BIL
STRATEGI
PELAN TINDAKAN
TINDAKAN SUSULAN
3
Memantapkan proses pengintegrasian sukan Ping Pong di sekolah.
1.       Mempelbagaikan kegiatan/ pertandingan aktiviti Ping Pong seperti:-
1.1   Peringkat sekolah      - Pertandingan antara rumah sukan/ kelab.
1.2   Peringkat zon             - Pertandingan antara sekolah di dalam zon berkenaan.
1.3   Peringkat daerah       - Pertandingan Sirkit Antara Sekolah-Sekolah .
1.4   Peringkat negeri        - Pertandingan ‘Juara Sekolah’ antara daerah.

2.       Mengadakan Bengkel Sains Sukan untuk pemain dan guru (jurulatih) yang merangkumi bidang motivasi, psikososial, pemakanan, kecederaan sukan, biomekanik, kerjaya dan peningkatan ilmu.

3.       Mengadakan program motivasi dan mental strategydi kalangan pemain di pusat-pusat latihan kokurikulum.

1.       Memberi penghargaan kepada guru yang aktif/ kreatif dalam bidang Ping Pong.

2.       Pertandingan Sirkit Juara Sekolah.
   
BIL
STRATEGI
PELAN TINDAKAN
TINDAKAN SUSULAN
4
Kecemerlangan pencapaian
1.       Mengenalpasti bakat di kalangan pelajar sekolah dengan mewujudkan pasukan pelapis sekolah.

2.       Mengadakan latihan yang terancang, berterusan dan sistematik sepanjang tahun.

3.       Setiap sekolah mesti membuat TID (Talent Identification) sendiri berdasarkan manual yang telah disediakan oleh Bahagian Sukan KPM.

4.       Mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat yang lebih tinggi yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, persatuan/ pertubuhan sukan atau NGO.

5.       Memberi peluang kepada bekas pemain sekolah atau orang perseorangan yang berminat melatih pasukan Ping Pong sekolah.

1.       Hantar laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah 2 kali setahun

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk