Sunday 3 November 2013

Cara kiraan mata Ping Pong

Permainan ping pong dalam 1 set tamat dalam kiraan 11 untuk permainan single dan double. Bagi pemain single pemain yang serve bola perlu memasti bola melantun dimeja pemain serve dan meja pemain lawan. Bagi pemain double pemain perlu memasti bola dari peta kanan masuk ke peta kanan lawan.

Sekiranya pemain lawan memukul bola keluar maka pemain serve mendapat 1 point. 1-0. Seterusnya pemain serve dapat serve kali kedua. Point akan diberi kepada pemain yang tidak mematikan bola. Bila score 2-0 atau 1-1 maka serve akan bertukar tangan. Seterusnya permainan tamat bila pemain mendapat 11 mata. 

Sekiranya pemain tie 10-10 maka permainan akan berakhir bila ada pemain mendapat 2-0 tambahan. Servis bertukar setiap mata.

Boleh juga permainan ping pong kiraannya tamat pada 21. Tapi pertukaran serve berlaku setelah 5 kali serve. Ini adalah kiraan cara lama.

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk