Saturday 6 April 2013

SKBB2 RANGKUL TEMPAT TEN PIN BOWLING DAN BADMINTON MSSD DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2013

Rabu bersamaan 3hb April 2013, kejohanan Ten Pin Bowling MSSD peringkat Daerah Hulu Selangor telah  diadakan bertempat di tingkat Dua Wangsa Bowl, Selayang, Jalan SU9, Selayang Mall, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves, Selangor.

Syukur kehadrat Allah s.w.t. dan ucapan sekalung tahniah kepada pasukan Ten Pin Bowling SKBB2 kerana kedua-dua pasukan Lelaki dan Perempuan mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. 



...........Begitu juga dengan pasukan Badminton SKBB2, pasukan ini telah menyertai kejohanan Badminton MSSD peringkat Daerah Hulu Selangor yang telah diadakan di SK Bukit Sentosa pada 4hb April dan 5hb April 2013, pasukan lelaki dan perempuan sama-sama mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Dari pengumpulan mata pasukan  SKBB2 mendapat tempat ke Empat dari 15 buah pasukan yang bertanding. Dimana kejohanan tersebut, tempat teratas telah dimenangi oleh SK Bukit Sentosa, SK Batang Kali dan diikuti oleh SK Taman Bunga Raya 1.

...........Walaubagaimanapun antara perkara yang lebih membanggakan dalam kejohanan badminton tersebut,  adik Nur Arisya Nadia Bt Mohd Nazri Tahun 6 Zuhrah dan adik Muhammad Atef Haikal B Muhammad Taufik Tahun 5 Zuhrah berjaya pergi ke Kejohanan Badminton MSSM peringkat Negeri Selangor.

...........
...........Manakala bagi Ten Pin Bowling  adik Muhammad Danial B Khairul Annur 5 Marikh berjaya untuk pergi ke Kejohanan Ten Pin Bowling MSSM peringkat Negeri Selangor.

...........Apa yang pasti kejayaan yang dimiliki adalah hasil berkat kesungguhan dan komitmen pasukan dalam menjalani latihan yang intensif disamping doa ke hadrat Allah s.w.t serta tidak putus asa menaruh harapan. Untuk itu ucapan jutaan tahniah diberikan kepada Jurulatih yang menyumbangkan komitmen dalam memberikan tumpuan membimbing dan melatih mereka. 

...........Selain Guru SKBB2, dalam pasukan Badminton, Pn Aznida  Binti Nordin, Pn Rosnida Binti Hussain, Pn Nurul Huda Binti Zainol Abidin, Pn Rudzita Binti Mohd Nor, Pn Anita Binti Abu Bakar, Pn Sharifah Mardhiah Binti Mokhtar dan Pn Arul Selvi A/P  Durar Raj, ibu bapa pelajar seperti En.Muhd Taufik Bin Yacob dan isterinya  Pn. Nur Sofani Bt Ismail turut memberikan sumbangan tunjuk ajar dalam menentukan prestasi pasukan Badminton SKBB2.


 ...........Dalam pasukan Ten Pin Bowling pula, Pn Sharmiah Binti Hj Abas selaku PK Petang SKBB2 merangkap jurulatih pasukan, disamping ibu bapa pelajar seperti En. Khairul Annur Bin Ismail dan isterinya Pn. Nor Haslina Bt Yusoff  turut memberikan sumbangan tunjuk ajar bagi pasukan tesebut.



Tahniah....tahniah.... dan tahniah...

  

 
Wajah ceria sebagai juara

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk