Tuesday 30 April 2013

SELAMAT HARI BEKERJA 2013


1 Mei adalah Hari Pekerja sedunia..hari dikhaskan untuk menghargai jasa dan memberi pengiktirafan kepada mereka mereka yang bergelar pekerja diatas segala usaha, penat lelah dan pengorbanan mereka mamajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara..

Tema Hari Pekerja Tahun 2013 ialah "Pekerja Pemangkin Transformasi Negara". Sempena Hari Pekerja 2013 ni, Unit Kokurikulum SKBB2 ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja khusus kepada warga SKBB2 dan kepada semua mereka yang bergelar pekerja.. marilah kita terus bersemangat untuk terus bekerja mencari duit yang halal..semoga kita semua mendapat berkat, pintu rezeki dibukakan seluas luasnya oleh Allah swt. dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..amin.


Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Gaji nak bonus pun nak,
Tapi kerja tak setimpal gaji;
Bonus tak dapat mula memberontak,
Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

Kerajaan menyeru penjawat awam ,
Semua pekerjanya lakukan transformasi;
Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

Hati merintih ditahankan juga,
Demi meneruskan sebuah kehidupan;
Sanggup bersusah demi keluarga,
Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

Sabar pekerja menahan cabaran,
Menghadapi karenah cerewetnya majikan;
Salah sikit dah panas baran,
Pekerja bersabar dalam kesempitan.

Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
Saling faham memahami demi Negara;
Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

Pekerja penentu masa depan Negara,
Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
Pekerja merealisasi tranformasi Negara

Karya: Ummu Sal 
1 Mei 2011
(Bersempena Meraikan Sambutan Hari Pekerja)


No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk