Sunday 13 January 2013

MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN MENYAMBUT KEHADIRAN GURU BARU KE SK BB2 2013



12 Januari 2013 bersamaan 29 Safar 1434H, "Majlis Jasamu dikenang dan Menyambut Guru Baru", serta tahlil kesyukuran kecemerlangan tahun 2013 telah diadakan di Restoran Sukho Thai Bukit Beruntung.

Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Sekolah Bukit Beruntung 2, yang dipimpin oleh Ustaz An-Nahari Bin Sharif.


Guru Besar serta barisan Pentadbir SK BB2 mengucapkan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, tak lupa juga ucapan terima kasih atas kunjungan daripada Yang Berhormat  YB Mohd Isa Abu Kasim AMS, ADUN Batang Kali, merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor dan Yang Berusaha Yang dipetua PIBG SK BB2, Tn Hj Tuah Bin Hj Burhan kerana sudi meluangkan masa meraikan majls tersebut. 


Dikesempatan itu YB Mohd Isa Abu Kasim AMS, ADUN Batang Kali sempat menyatakan rasa gembira melihat aktiviti yang dijalankan oleh Badan Kebajikan demi memartabatkan profesional perguruan disekolah. Derma sumbangan RM 1,000.00 diumumkan dan beliau menyatakan derma tersebut tidaklah seberapa jika dibandingkan komitmen yang diberikan oleh warga guru dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar anak murid di sekolah. 



Majlis itu dimeriahkan  juga dengan ucaptama Guru Besar SK BB2, Puan Hajjah Azizah Bin Hassan dan ucapan yang diraikan Puan Norliza Binti Harun yang kini menjawat PK HEM di SK Bukit Beruntung.




“Andai pertemuan punca perpisahan 
biarlah kematian menemukan semula.
Andai kematian punca perpisahan 
biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata”

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk