Monday 21 January 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT BERUNTUNG 2


..........Pada hari Sabtu yang lalu, bersamaan 19 Januari 2013 kejohanan merentas desa SK Bukit Beruntung 2 kali ke-4 berjaya dilaksanakan. Berbekalkan latihan dan semangat, setiap wakil rumah sukan cuba bersaing mendapatkan 20 tempat  pelari terpantas dalam kejohanan tersebut. 






  ..........Kesemua peserta dan penasihat rumah diberikan ruang dan pilihan mengatur strategi masing-masing bagi mengutip markah bagi pasukan. Adat bertanding, tentulah ada yang menang dan ada yang kalah. Kepada yang menang syabas dan tahniah diucapkan dan kekalkan prestasi anda. Manakala kepada yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan dan jangan putus asa. InsyaAllah Sukan Sekolah Bukit Beruntung 2 2013 akan menentukan nasib anda seterusnya.

..........Seperti yang pernah dimaklumkan wakil sekolah yang akan di bawa ke peringkat Daerah Hulu Selangor akan bertanding di SMK Kampong Soeharto pada 2 Februari 2013. Kepada warga SKBB2, sama-sama kita iringi mereka dengan sokongan dan doa kepada yang Esa untuk pasukan kita memperoleh kejayaan. 

..........Dikesempatan ini juga pengurusan Kokurikulum SKBB2 ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur Rasul 1434H dan ingin  memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan majlis kejohanan tersebut.

..........Di majlis penutupan kejohanan tersebut, sekolah didatangi oleh En. Firdaus Penyelia Khas Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor sebagai mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Jutaan terima kasih atas kehadiran tuan.




..........Kepada semua yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, terima kasih diucapkan, jumpa lagi pada Kejohanan Merentas Desa 2014, InsyaAllah.























No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk