Friday 23 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KKB DUA 2015

...............Jumaat 23 Januari 2015, telah dilaksanakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK KKB Dua. Pada tahun ini penyertaan adalah terbuka kepada semua murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan murid Tahun 6. Bermula larian pada jam 8.15 pagi yang dilepaskan oleh Guru Besar, Cikgu Rosli Bin Mohamad. 
...............Adat bertanding sudah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Pada tahun ini rumah Satria telah dinobatkan johan keseluruhan kategori perempuan dan rumah Wira dinobatkan  johan keseluruhan kategori lelaki. Jutaan terima kasih ditujukan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, terutama warga guru SK KKB Dua. 
...............Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, dan kepada yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. In shaa Allah, dalam acara sukan yang akan diadakan pada 26 April 2015 nanti,  masih ada ruang dan peluang kepada semua untuk membuktikan kecemerlangan sebenar masing-masing.


No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk