Sunday 21 September 2014

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM SK KKB DUA DI KEM AMPANG PECAH PUSAT KOKURIKULUM SK KKB DUA 2014

.........Segala pujian hanya bagi Allah SWT, pada 12hb dan 13hb September yang lalu, Perkhemahan Perdana Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan, seramai 67 orang murid, 27 orang guru dan 8 orang jurulatih khas dari pusat Kokurikulum Negeri Selangor yang terlibat.

.........Perkhemahan ini julung-julung kali diadakan di luar sekolah iaitu di Kem Ampang Pecah, Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Selangor dengan penglibatan 5 unit uniform dari tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 SK Kuala Kubu Bharu Dua.


.........Pelbagai aktiviti berjaya dijalankan seperti belajar memasang dan membuka khemah, ikatan tali, kerja berpasukan, senaman, keyakinan di air dan ikhtiar hidup.

.........Tahniah dan ucapan Jutaan Terima Kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung khususnya dari Unit Kokurikulum.

Menurut Vince Lambordi
........."Perfection is not attainable, but if we choose perfection, we can catch excellence"

.........Bila difikirkan tentang kesempurnaan, sebagai manusia, wajib kita berpegang kepada kata-kata ini "tiada sesuatu pun, paling sempurna, kerana Kesempurnaan tetaplah hakiki ada pada Allah swt sahaja."

Sehubungan dengan itu kepada warga guru SK KKB Dua yang budiman, sila isikan maklum balas post mortem di bawah bagi proses penambahbaikan program yang akan datang.

Sekian terima kasih.....dan Salam Perkhemahan....









No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk