Friday 14 June 2013

LADAP SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BERUNTUNG 2

................15 Jun 2013, Sabtu, warga SK BB2 mengikuti Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan LADAP peringkat sekolah bertempat di makmal komputer sekolah. Antara pengisian yang dilaksanakan ialah Kursus pendedahan penggunaan Makmal Komputer oleh Pn. Nurul Ezzah Binti Ishak. Manakala En. Samsudin Bin Ahmad mengisi slot ceramah tentang membuat sistem "mail merge" dan asas pembinaan laman blog.


................Dalam pertemuan itu juga, Pn. Nor Zamzilani Binti Bidin telah menyampaikan cara pengisian eSPLG secara online, En. Osman sempat membuat pembentangan Kejohanan Sukaneka dan Sukan dan Pn. Norhasimah PK Pentadbiran juga sempat mengongsikan dapatan tentang SKPM, SAPS, Pemantauan PdP, penggunaan ICT, perlaksanaan PBS,guru inovatif, pemeriksaan buku rampaian dan SPSK.

................Segala pengisian yang dilakukan diharap dapat memberikan input yang berguna kepada warga SKBB2 dalam meneruskan kerjaya dalam memperjuangkan aspirasi sekolah seterusnya aspirasi negara. 




No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk