Monday 6 May 2013

KEJOHANAN KAWAD KAKI SK BUKIT BERUNTUNG 2

.................JUMAAT, 3 MEI 2013 Kejohanan Kawad Kaki SK Bukit Beruntung 2; terserlah kekuatan semangat guru dalam melatih dan membimbing Pasukan Pakaian Uniform Sekolah diuji dalam kejohanan tersebut.

.................Secara keseluruhannya pihak pentadbir sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang sentiasa memberi komitmen menterjemahkan Kejohanan Kawad Kaki tersebut kepada persembahan kawad kaki yang bermutu setanding Kejohanan Kawad Kaki peringkat Daerah. 

.................Guru Besar SK Bukit Beruntung 2, puan Hajah Azizah Binti Hassan berbesar hati memberikan ucapan perasmian penutupan dalam kejohanan tersebut, beliau  sempat mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan memberikan kata semangat kepada pasukan yang tidak berjaya.

.................Keputusan Kejohanan Kawad Kaki SK Bukit Beruntung 2, secara rasminya telah menobatkan pasukan uniform Tunas  Kadet Remaja sebagai Johan Pasukan, diikuti oleh pasukan uniform Pertubuhan Pergerakan Pengakap mendapat tempat Naib Johan dan tempat ketiga di rangkul oleh pasukan uniform Pergerakan Pandu Puteri Islam Malaysia. Manakala bagi pasukan uniform Pandu Puteri Tunas dan pasukan uniform Persatuan Bulan Sabit Merah, masing-masing telah mendapat tempat saguhati dalam kejohanan kawad kaki tersebut.














No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk