Monday 4 March 2013

MESYUARAT | TAKLIMAT | BENGKEL | PERJUMPAAN


Mesyuarat

Mesyuarat merupakan satu aktiviti di mana satu kumpulan manusia berdebat , berbincang , bertelagah , dan bertukar-tukar pandangan atau idea mengenai satu perkara atau lebih. Tujuan diadakan meeting adalah untuk mencari satu jalan penyelesaian yang paling praktikal , mudah , dan murah.



Taklimat

Taklimat merupakan satu aktiviti di mana seorang individu atau kumpulan manusia menyampaikan maklumat kepada kumpulan manusia yang lain. Proses perdebatan , perbincangan , pertelagahan, dan pertukaran pandangan atau idea tidak berlaku di sesi taklimat.

Bengkel

Bengkel merupakan satu aktiviti di mana satu kumpulan manusia atau lebih cuba mempraktikkan hasilan dan dapatan dari sesi taklimat dan meeting yang telah dijalankan terlebih dahulu. Terdapat individu atau kumpulan yang akan mengendalikan aktiviti bengkel ini. Kemahiran yang didapati dari sesi bengkel ini akan dipraktikkan secara formal pada tarikh yang telah ditetapkan.

Perjumpaan

Perjumpaan merupakan satu aktiviti di mana individu atau kumpulan bertemu untuk mendengar satu atau lebih penerangan secara ringkas yang disampaikan oleh individu atau kumpulan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk