Thursday 21 February 2013

Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Tahun 2013 Bil 2/2013

Kepada guru yang ingin muat turun minit mesyuarat yang terpapar di bawah, sila  muat turun Minit Mesyuarat di bawah dengan klik pada pautan berikut :
Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Tahun 2013 Bil 2/2013



Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2
Lingkaran Seroja, Seksyen BB7, Bandar Baru Bukit Beruntung,
48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan



Minit Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Tahun 2013 Bil 2/2013

Tarikh             :  7 Januari 2013
Masa              : 12.30 Tengah hari -2.30 Petang
Tempat           : Bilik Mesyuarat SKBB2
Pengerusi       : En. Samsudin Bin Ahmad (GPK Kokurikulum)
Kehadiran       : 34 / 35
___________________________________________________________________

HADIR:


1.    Pn Hjh Azizah Binti Hassan                Guru Besar
2.    En Samsudin Bin Ahmad                    GPK Kokurikulum
3.    Pn Hjh Rohanah Binti Mokhtar           GPKP
4.    Pn Norhashimah Binti Ismail                          GPK HEM
5.    Pn Sharmiah Binti Hj. Abas                 GPK PTG
6.    Pn Ruzita Bt. Mohamad Yusoh          GPK PKI


7.    En Munaizi Azmi Bin Musa
8.    Pn Hafidzah Binti Musatafa 
9.    En Othman Bin Yob
10. Pn Nurul Huda Binti Pauzi
11. Pn Zuridah Binti Jaafar
12. En Wan Azri Bin Abdullah
13. Pn Siti Hadijah Binti Ibrahim
14. En An’ Nahari Bin Sarif
15. En Ahmad Ezanee Bin Mohd Sidek
16. Pn Arul Selvi a/p  Durrar Raj
17. Pn Hjh. Asma Binti Ariffin
18. Pn Fazilah Binti Ibrahim@Idris
19. Pn Hazrina Binti Soid
20. Pn Noraishah Binti Shahruddin
21. Pn Rosmaniza Binti Ismail
22. Pn Siti Musalmah Binti Jamaluddin
23. Pn Rahimah Binti Mohd Zain
24. Pn Jafiza Binti Jaafar
25. Pn Azizah Binti Abdul Shukor
26. Pn Aiddawaty Binti Husaini
27. Pn Sulaihah Binti Salim
28. Pn Salmiah Binti Ahmad
29. Pn Aznida  Binti Nordin
30. Pn Che Rusnah Binti Hassan 
31. Pn Siti Zalilah Binti Salamat
32. Pn Azrina Binti Abu Bakar
33. Pn Amira Binti Abd Jalil
34. Pn Haslina Binti Ahmad



TIDAK HADIR:
1.    Pn Hjh Ruhayah Binti Jaafar                          Bersebab

Agenda 1.0 : Kata Alu-aluan
.1      Guru Besar mengucapkan selamat sejahtera dan mengalu-alukan kehadiran guru- guru ke mesyuarat kokurikulum kali kedua bil. 2/2013
Tindakan : Makluman
.2      Guru Besar menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan berlangsung pada sesi pagi. Pengecualian diberikan kepada aktiviti merentas desa ini bertujuan menggalakkan penyertaan semua murid.
Tindakan : Makluman
.3      Guru Besar mengingatkan bahawa aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua guru pada hari sabtu hendaklah dihadiri. Pengambilan CRK sewenang-wenangnya oleh guru boleh diambil tindakkan tatatertib dan laporannya akan dihantar ke Kementerian
Tindakan : Makluman
.4      Guru Besar mengharapkan semua guru dapat meneruskan komitmen dalam melaksanakan tugas yang diberikan bagi tahun 2013 dengan bersungguh-sungguh.
                                                                                                            Tindakan : Makluman


Agenda 2.0: Ucapan Pengerusi
2.1      Pengerusi berharap guru-guru telah bersedia untuk menjalankan tugas pertama unit kokurikulum iaitu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah.
Tindakan : Makluman
2.2      Pengerusi memaklumkan bahawa minit mesyuarat kali pertama juga boleh dirujuk pada blog Kokurikulum SKBB2 dan meminta pengesahan minit mesyuarat bagi mesyuarat kokurikulum bertarikh 24 Disember 2012
Pencadang : Pn. Rahimah Binti Mohd Zain
Penyokong : Pn. Siti Musalmah Binti Jamaluddin
Tindakan : Makluman
2.3      Pengerusi meminta guru-guru yang membuat kertas kerja bagi aktiviti kokurikulum boleh menerapkan unsur-unsur keIslaman agar boleh memohon peruntukkan dari Lembaga Zakat Selangor.
Tindakan : Guru-guru Penasihat
2.4      Pengerusi memaklumkan bahawa Ketua Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam dari Pn. Rudzita Bt Mohd Nor kepada Pn. Rahimah Bt Mohd Zain.
Tindakan : Makluman
2.5      Pengerusi juga memaklumkan bahawa Cik Nurul Zulpa Bt Rosli dipindahkan ke Kelab Bola Baling dan Pn. Nurul Murni Bt Mohd Haluwi ke Kelab Bola Sepak.
                                                                                                            Tindakan : Makluman



Agenda 3.0 : Hal Berbangkit
3.1      Pengerusi memaklumkan bahawa perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib kerana ia telah diwartakan dan menjadi peraturan untuk melaksanakannya.
Tindakan : Makluman
3.2      Pengerusi mencadangkan setiap kelab dan persatuan membuat satu visi dan misi yang selaras dengan visi misi  sekolah.
Tindakan : Guru Penasihat
3.3      Pengerusi mengingatkan kepada semua pengerusi mendrafkan peraturan dan pelembagaan persatuan berserta senarai AJK Penaja.
Tindakan : Guru Penasihat
3.4      Pengerusi mencadangkan setiap persatuan membuat logo persatuan dengan memberi peluang kepada murid-murid menciptanya.
Tindakan : Guru Penasihat
3.5      Pengerusi juga mengingatkan semua kelab dan persatuan menghantar senarai aktiviti yang ingin dilaksanakan sepanjang tahun.
Tindakan : Guru Penasihat
3.6      Pengerusi seterusnya mengingatkan kepada semua guru penasihat menghantar permohonan penubuhan dan Jawatankuasa Penaja Persatuan. Setelah permohonan dibuat guru-guru hendaklah menunggu surat kelulusan penubuhan.
Tindakan : Guru Penasihat

3.7      Pengerusi memberitahu bahawa Kejohanan Merentas Desa akan dilaksanakan pada 19 Januari 2013 berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Guru Besar.
Tindakan : Makluman


Agenda 4.0 : Agihan Tugas Kejohanan Merentas Desa
4.1      Pengerusi menyerahkan mesyuarat kepada En. Othman B Yob untuk menerangkan perjalanan latihan dan perlaksanaan Kejohanan Merentas Desa.
Tindakan : En Othman
4.2      En. Othman menerangkan bahawa murid sasaran kejohanan ini adalah dari murid-murid tahun 4, 5 dan 6.
Tindakan : Makluman
4.3      En. Othman juga menerangkan bahawa hadiah akan diberikan kepada pemenang 1 hingga 20 mengikut kategori masing-masing lelaki dan perempuan.
Tindakan : Makluman
4.4      En. Othman juga menerangkan bahawa mata rumah sukan akan diberikan kepada tempat 1hingga 50.
Tindakan : Pencatat Masa
4.5      En. Othman memaklumkan bahawa terdapat perubahan laluan diatas faktor keselamatan iaitu para peserta tidak akan melalui hadapan rumah Cikgu Megat tetapi membuat laluan singkat di Jalan Tanjung kerana terdapat kerja-kerja pembinaan.
Tindakan : Makluman
4.6      Pengerusi menyatakan bahawa perubahan laluan dan pengurangan jarak tidak menjadi masalah kerana faktor keselamatan murid perlu menjadi keutamaan guru-guru.
Tindakan : Makluman
4.7      En Othman memaklumkan bahawa latihan akan dilaksanakan pada 9, 16 dan 17 Januari jam 7.45 hingga 8.45 pagi.
Tindakan : Makluman
4.8      En. Othman membentangkan dan menerangkan agihan-agihan tugas yang perlu dilaksanankan pada hari Kejohanan tersebut.
Tindakan : Makluman

4.9      Pn. Azlina Bt Abu Bakar bertanya mengenai peruntukan minuman dan makanan kepada murid adakah disediakan. Pengerusi akan bertanya dan meminta peruntukkan tersebut dari Guru Besar.
Tindakan : GPK Kokurikulum
4.10   Pn. Siti Hadijah Bt Ibrahim mengingatkan bahawa perlu memasukkan senarai guru tahun 1 dalam agihan tugas kerana Kejohanan akan berlangsung pada hari Sabtu tidak pada hari Jumaat seperti perancangan awal. En. Othman memaklumkan bahawa dia akan memasukkan nama-nama guru tahun 1 kemudian.
Tindakan : Makluman
4.11   Pengerusi meminta pandangan En Mohd Syukri B Abd Rahman selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Mantan Pengerusi Teknik Daerah mengenai Kejohanan yang akan dilaksanakan. En. Syukri menyatakan bahawa tiada sebarang masalah mengenai pengurusan Kejohanan tetapi guru-guru perlu mengambil berat soal keselamatan murid-murid ketika di simpang.
Tindakan : Guru Checkpoint Simpang
4.12   En. Syukri menambah perlu ada guru yang menjadi Sweeper bagi memastikan tiada murid yang tertinggal di belakang demi keselamatan mereka.
Tindakan : Guru Sweeper
4.13   En. Syukri mengingatkan guru-guru yang berada di checkpoint perlulah dalam kumpulan bukan bersendirian kerana terdapat kes guru diragut ketika menjaga checkpoint merentas desa.
Tindakan : Guru Checkpoint
4.14   En Othman mencelah bahawa akan diwujudkan AJK Pengurus Trek iaitu Ustaz An’nahari yang memerangkap Sweeper.
Tindakan : Ustaz Annahari
4.15   En. Syukri juga memaklumkan agar guru pencatat mencatat masa peserta agar boleh dijadikan rujukan pencapaian Kejohanan.
Tindakan: Guru Pencatat Masa
4.16   Pn Siti Hadijah mencadangkan agar ada guru yang ditugaskan untuk membuat aktiviti renggangan setiap kali sebelum latihan dimulakan dengan mencadangkan Pn Sulaihah dan Pn Noraishah.
Cadangan   : Pn Siti Hadijah Bt Ibrahim
Menyokong : En Ahmad Ezanee Bin Mohd Sidek
Tindakan : Guru Warm Up
4.17   En Syukri meminta En Othman membuat pembetulan “Referi Pelepas” kerana tiada istilah tersebut dan diganti dengan Penolong Pelepas. En Othman akan membuat pembetulan itu kemudian.
Tindakan : En Othman
4.18   En Othman meminta Pn Nurulhuda Bt Pauzi mengimbangi jumlah murid dari setiap rumah sukan. Pn Nurulhuda menyatakan bahawa dia telah selesai melakukannya kecuali terdapat satu dua kelas belum selesai.
Tindakan : Makluman


Agenda 5.0 : Ucapan Penangguhan
5.1  Pengerusi berharap semua guru memberi kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa dan memastikan setiap aktiviti dilaksanakan berjalan lancar seperti yang ditetapkan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan disudahi dengan Surah Al-Asr.
Tindakan : Semua Guru

Disediakan Oleh                                                                     Disemakan Oleh


.........................................                                                       .........................................

(Munaizi Azmi Bin Musa)                                                        (En. Samsudin Bin Ahmad)
Setiausaha Kokurikulum SKBB2                                            GPK Kokurikulum SKBB2


Disahkan Oleh


.........................................
(Hjh Azizah Bt Hassan)
Guru Besar SKBB2

No comments:

Post a Comment

Senarai blog yang dirujuk