Monday, 21 January 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT BERUNTUNG 2


..........Pada hari Sabtu yang lalu, bersamaan 19 Januari 2013 kejohanan merentas desa SK Bukit Beruntung 2 kali ke-4 berjaya dilaksanakan. Berbekalkan latihan dan semangat, setiap wakil rumah sukan cuba bersaing mendapatkan 20 tempat  pelari terpantas dalam kejohanan tersebut. 






  ..........Kesemua peserta dan penasihat rumah diberikan ruang dan pilihan mengatur strategi masing-masing bagi mengutip markah bagi pasukan. Adat bertanding, tentulah ada yang menang dan ada yang kalah. Kepada yang menang syabas dan tahniah diucapkan dan kekalkan prestasi anda. Manakala kepada yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan dan jangan putus asa. InsyaAllah Sukan Sekolah Bukit Beruntung 2 2013 akan menentukan nasib anda seterusnya.

..........Seperti yang pernah dimaklumkan wakil sekolah yang akan di bawa ke peringkat Daerah Hulu Selangor akan bertanding di SMK Kampong Soeharto pada 2 Februari 2013. Kepada warga SKBB2, sama-sama kita iringi mereka dengan sokongan dan doa kepada yang Esa untuk pasukan kita memperoleh kejayaan. 

..........Dikesempatan ini juga pengurusan Kokurikulum SKBB2 ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur Rasul 1434H dan ingin  memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan majlis kejohanan tersebut.

..........Di majlis penutupan kejohanan tersebut, sekolah didatangi oleh En. Firdaus Penyelia Khas Peperiksaan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor sebagai mewakili Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Jutaan terima kasih atas kehadiran tuan.




..........Kepada semua yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, terima kasih diucapkan, jumpa lagi pada Kejohanan Merentas Desa 2014, InsyaAllah.























Sunday, 13 January 2013

MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN MENYAMBUT KEHADIRAN GURU BARU KE SK BB2 2013



12 Januari 2013 bersamaan 29 Safar 1434H, "Majlis Jasamu dikenang dan Menyambut Guru Baru", serta tahlil kesyukuran kecemerlangan tahun 2013 telah diadakan di Restoran Sukho Thai Bukit Beruntung.

Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Sekolah Bukit Beruntung 2, yang dipimpin oleh Ustaz An-Nahari Bin Sharif.


Guru Besar serta barisan Pentadbir SK BB2 mengucapkan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, tak lupa juga ucapan terima kasih atas kunjungan daripada Yang Berhormat  YB Mohd Isa Abu Kasim AMS, ADUN Batang Kali, merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor dan Yang Berusaha Yang dipetua PIBG SK BB2, Tn Hj Tuah Bin Hj Burhan kerana sudi meluangkan masa meraikan majls tersebut. 


Dikesempatan itu YB Mohd Isa Abu Kasim AMS, ADUN Batang Kali sempat menyatakan rasa gembira melihat aktiviti yang dijalankan oleh Badan Kebajikan demi memartabatkan profesional perguruan disekolah. Derma sumbangan RM 1,000.00 diumumkan dan beliau menyatakan derma tersebut tidaklah seberapa jika dibandingkan komitmen yang diberikan oleh warga guru dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar anak murid di sekolah. 



Majlis itu dimeriahkan  juga dengan ucaptama Guru Besar SK BB2, Puan Hajjah Azizah Bin Hassan dan ucapan yang diraikan Puan Norliza Binti Harun yang kini menjawat PK HEM di SK Bukit Beruntung.




“Andai pertemuan punca perpisahan 
biarlah kematian menemukan semula.
Andai kematian punca perpisahan 
biarlah hidup penuh bermakna dan memberi erti yang nyata”

Saturday, 12 January 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BB2 2013


Berikut dimaklumkan Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Beruntung 2 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh   :  19 Januari 2013
Hari      :   Sabtu
Aturcara Majlis


                                                7.30 pagi                     : Taklimat Pertandingan
                                                8.00 pagi                     : Semua guru bersedia di tempat masing-masing

                                    Mula    8.15 pagi                     : Lelaki Tahun 4
                                                8.25 pagi                     : Lelaki Tahun 5
                                                8.35 pagi                     : Lelaki Tahun 6
                                                8.45 pagi                     : Perempuan Tahun 4
                                                8.55 pagi                     : Perempuan Tahun 5
                                                9.05 pagi                     : Perempuan Tahun 6

                                                10.30 – 11.20              : Rehat

                                                11.20 – 12.00 tgh        : Ucapan Aluan
                                                                                      Ucapan PK Kokurikulum
                                                                                      Ucapan Guru Besar
                                                                                      Ucapan Perasmian Penutupan

  Penyampaian Hadiah.

                                                12.00 tgh                     : Bersurai


Kepada pemenang yang akan mewakili sekolah akan mengikuti kejohanan di peringkat Daerah Hulu Selangor pada 2 Februari 2013 di SMK Kampung Soeharto.




Tuesday, 25 December 2012

CONTOH LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH


Berikut adalah pautan Contoh Laporan aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah sebagai rujukan setiap guru penasihat membuat laporan aktiviti persatuan bagi setiap program.. 

Selamat membuat laporan....

SURAT MEMOHON KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN

Berikut dimuatkan surat memohon kelulusan penubuhan persatuan bagi rujukan dan tindakan Guru Penasihat dan Setiausaha yang diberi lantikan.

1. FOLDER SURAT PENUBUHAN

Sebarang pertanyaan boleh terus merujuk kepada GPK Kokurikulum....

Sekian terima kasih..

CONTOH SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN


PERGERAKAN PENGAKAP
SK BUKIT BERUNTUNG 2, RAWANG
SENARAI AKTIVITI UTAMA PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(c) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Aktiviti Utama Pergerakan Pengakap SK Bukit Beruntung 2 yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.
1.                                           Program Kepengakapan:            
1.                     Persetiaan Pengakap
1.                   Peraturan-Peraturan Pengakap
2.                                     Ikrar Pengakap
3.                                     Ikatan Dan Simpulan
4.                                     Pertolongan Cemas
5.                                     Kawat Kaki
6.                                     Gajet
7.                                     Hiking
8.                                     Kem Kraf
9.                                     Khidmat Masyarakat
10.                                  Ujian-Ujian Kecekapan

CONTOH SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN


PERGERAKAN PENGAKAP
SK BUKIT BERUNTUNG 2, RAWANG
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(b) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan Mo. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pengakap SK Bukit Beruntung 2, Rawang yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.
1.                   
Pengerusi
AZAM BIN ABD RAHMAN


(No.Kad Pengenalan: 850621-01-5 126)
2.                   
Naib Pengerusi
Abdul bin Atan


(No.Kad Pengenalan: 860311-01-5112)
3.                   
Setiausaha
ISMAIL BIN SALIYAN


(No.Kad Pengenalan: 85 1128-01-5653)

Senarai blog yang dirujuk